Dimanakah hati kita tatkala kita
membaca AlQuran?Pernahkah kita merasa keliru dan tidak dapat menghayati
makna dalam AlQuran? Atau pernahkah kita terasa seolah-olah lidah
sukar untuk menyebut bacaan AlQuran dengan tajwid dan makhraj yang
betul walhal kebiasaanya kita dapat membacanya dengan lancar.Pernahkah
kita terasa seolah amaran-amaran Allah dari kalamullah AlQuran tidak
melahirkan rasa gentar dalam hati?Dimanakah ketenangan yang
dicari?Apakah silapnya?
Sedikit perkongsian ilmu buat para pembaca yang mencintai ayat
ALQuran,petikan diambil dari buku Penawar Hati Penenang Jiwa tulisan
Abu Mazaaya Al-Hafiiz.Menekankan betapa pentingnya Istiazah iaitu
berlindung dengan Allah dari syaitan laknatullah..agar keihkhlasan
terbit,gentar hadir,Ketenangan lahir..dan rindulah pada ayat-ayat
Allah..Betapa keindahan AlQuran seharusnya dihayati dan meresap dalam
diri..InsyaAllah..
Mengenai fasal ini,Allah berfirman :
“apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih
dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang
kena rejam.Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh
terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada
Tuhan mereka.Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap
orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang
dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.”
(Surah Al-Nahl:98-1oo)
Lapan pengajaran yang kita dapat hayati dari perintah Allah tersebut iaitu;
Alquran adalah penyembuh dari berbagai penyakit hati.Ia juga boleh
menghilangkan sikap was-was,segala jenis syahwat dan berbagai keinginan
atau kehendak yang merosakkan yang semua itu disebabkan oleh tipu daya
syaitan.AlQuran boleh menawarkan apa-apa penyakit akibat keracunan
yang dibuat oleh syaitan didalam hati seseorang.Kerana itulah
diperintahkan agar menjauhi racun yang menyakitkan itu dan membersihkan
hati daripadanya dengan penawar saki-baki penyakit yang ada di
dalamnya,ianya boleh diusahakan dengan membaca istiazah dengan penuh
khusyu’ dan Tadabbur (menghayati isi kandungannya).
AlQuran adalah petunjuk hidayah,faktor yang menunjukkkan segala
kebaikan di dalam hati.Hal ini boleh diumpamakan sebagai fungsi air
bagi sesuatu tumbuhan.Syaitan pula disifatkan sebagai panas atau api
yang mengeringkan tumbuhan tersebut dari masa ke semasa.Syaitan selalu
berusaha untuk membunuh benih-benih kebaikan yang ada di dalam hati
sehinggalah ia tidak terdaya untuk tumbuh dengan subur.Kalaupun boleh
menjadi tumbuhan tetapi ia menjadi tumbuhan beracun atau
berpenyakit.Oleh yang demikian,diperintahkan agar beristiazah kepada
Allah dari syaitan agar apa-apa kebaikan yang dihasilkan oleh AlQuran
tersebut tidak rosak akibat racun atau penyakit yang ditaburkan oleh
syaitan.
Seseungguhnya para malaikat akan berdatangan dan mendekati orang
yang membaca dan mendengarkannya dengan penuh khusyuk.Hal ini seperti
mana diterangkan dalam hadith “Ketika Usaid bin Hudlair membaca AlQuran
ia ternampak lembaga seperti khemah yang didalamnya terdapat
lampu-lampu.Kemudian baginda Nabi SAW bersabda “Itulah Para malaikat.”
(Maksud Hadith riwayat Bukhari dan muslim dari Abu Said Al-Hudri ra.)
Sesungguhnya syaitan berupaya sekuat tenaga dengan melalui pelbagai
cara untuk melalaikan dan mengalpakan hati manusia.Sehingga diharapkan
hatinya boleh kosong dari memahami maksud Al-Quran,iaitu bertadabbur
(menghayati) apa-apa bacaan ketika membaca Al-Quran.Seterusnya syaitan
mengharapkan agar boleh mengalihkan hati manusia dari menumpukan
makna-makna ALQuran.Sebagai akibatnya seseorang membaca Alquran
tersebut tidak sempurna di dalam mengambil manfaat dari ALquran.Kerana
itulah disuruh agar beristiazah ketika hendak membaca AlQuran.
Seseorang yang membaca AlQuran bererti juga sedang bermanfaat,iaitu
memanjatkan doa dengan menyebut kalam Allah.Allah Azza Wa Jalla
mendengar dan sungguh memperhatikan bacaan-bacaan AlQuran,apalgi jika
ia dibacakan dengan secara yang merdu dan Nagham (lagu dalam membaca
AlQuran) yang sangat indah.Syaitan pula sangat gemar menyanyikan dan
mendengarkan nyanyian-nyanyian yang penuh kelucahan dan mendatangkan
syahwat (berahi).Dengan demikian seorang yang akan membaca AlQuran
disyariatkan agar berisitiazah bagi menjauhkan syaitan dari
dirinya,seterusnya mempersembahkan bacaanya (ALQuran) ke hadapan
Tuhannya.
Sesungguhnya ALLAH telah menceritakan bahawa Allah SWT tiada
mengutus seorang Rasul atau Nabi melainkan syaitan akan bertindak
menghalangi apa yang ada pada hati mereka (iaitu untuk berdakwah
mentauhidkan Allah). Para ahli salaf berpendapat juga bahawa para Rasul
dan Nabi ,jika mereka hendak membaca Kalamullah, maka syaitan mesti
akan menyibuk dan menghalang-halangi mereka. Jika terhadap Nabi dan
Rasul pun,syaitan bersikap demikian,apatah lagi sikapnya terhadap
manusia biasa.Tentunya lebih dasyat lagi.Ia sentiasa berusaha untuk
mengelirukan pembaca AlQuran dari bacaannya,mengelirukan dan memilatkan
lidahnya,menyekat pergerakan lisannya dan menggoda hatinya agar lalai
dari kandungan makna bacaannya.Dengan demikian beristiazah kepada Allah
dari kejahatannya adalah suatu hal yang penting,agar seorang pembaca
AlQuran tersebut berjaya mencapai matlamat dari bacaannya dengan baik.
Syaitan sangat susah hati jika seseorang manusia mempunyai azam atau
keinginan baik di hatinya.Pada saat itu,ia berusaha agar dapat
membuang azam baik tersebut dan menghalangnya dari terus meresap ke
dalam hati manusia tersebut.Dalam satu hadith sahih disebutkan bahawa
baginda Rasulullah SAW bersabda: “sesungguhnya kelmarin syaitan
meloncat dihadapanku dan hendak berusaha agar solatku terputus
(terbatal).”Adalah menjadi kenyataan bahawa apapun perbuatan yang
paling banyak menghasilkan manfaat bagi seorang hamba dan lebih
mendekatkan kecintaan kepada Allah,maka sudah mesti syaitan
menghalangnya dengan lebih dasyat.
Sesungguhnya membaca istiazah sebelum berlangsungnnya bacaan AlQuran
adalah satu tanda atau pemberitahuan bahawa apa yang akan datang
sesudahnya (iaitu apa yang diperdengarkannya) adalah kalamullah
AlQuran.Bahkan istiazah lebih merupakan satu mukaddimah dan peringatan
kepada para pendengar bahawa apa yang akan disampaikan kepadanya adalah
AlQuran.Dengan demikian,jika seseorang itu mendengar bacaan
istiazah,hendaklah ia segera membuat persediaan diri bagi mendengar dan
memperhatikan kalamullah AlQuran.
Beristizahlah dengan bersungguh-sungguh,semoga kita sentiasa mendapat
perlindungan dari Syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan kita
dengan pandangan-pandangan yang melalaikan. Barulah Ayat suci AlQuran
dapat meresap dalam diri..Tanyakan diri sejenak..berapa banyak surah
ALQuran yang dihafal berbanding lirik-lirik lagu yang lagha diluar
sana?Tepuk dada..tanya lah Iman..bicara lah pada fikiran..dan tegurlah
hati..
Wassalam..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar